Saturday, July 9, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN 9HB JULAI 2011: P14(2) VS CHAI FC(0)

KEPUTUSAN 9HB JULAI 2011: P14(2) VS CHAI FC(0)
CAPITANO : Merah Pahi
Penjaring : Abdul Haziq Zick(1 - assis:Sharul-sepakan sudut)
Ustad (1-assis: Onizuka Firdaus, Erresafrinal Abdullah)

Barisan Pemain :
Fared Masoud,Ahmad Sayuti, Muhsin, Erresafrinal, Bob Evra, Mujahid, Merah Pahi, Zull Hero, Sharul, Ajim, Azimin, Lah, Azick, Daus, Apis, 

Ulasan:
Pada separuh masa pertama, perlawanan lebih dikuasai pasukan lawan yang bermain cukup keras dan pantas. Beberapa kali cubaan dihasilkan oleh barisan serangan pasukan lawan, namun barisan pertahanan pasukan kita cukup baik mengawal keadaan dan dgn ketangksan dan keyakinan yang ditunjukkan penjaga gol kita dapat menafikan cubaan-cubaan bahaya lawan tersebut.

Permainan keras ditunjukkan oleh pasukan lawan seawal minit pertama dgn Ahmad Sayuti diterjah keras selain kapten pasukan juga turut diterjah keras sehingga hampir berlaku kekecohan. Apapun, kematangan mental pasukan amat diharap bagi menghadapi pasukan keras sebegini.

Permainan separuh masa pertama berkesudahan 0-0.

Pada separuh masa kedua, dengan sedikit rombakan posisi dilakukan, kita berjaya menguasai rentak permainan dan memberi tekanan kepada pasukan lawan. Gol pertama berjaya dihasilkan melalui tandukan cantik ke penjuru kiri gol lawan oleh Azick yang menanduk baik hantaran hasil sepakan sudut oleh Sharul. Ustad yang dimasukkan bagi menggantikan Azimin berjaya menambah luka pasukan lawan juga menerusi tandukan cantik juga ke penjuru kiri gol lawan setelah menerima hantaran dari Ery. Syabas juga kepada Daus yg berjaya mengelirukan 2 pemain lawan dan menghantar kembali bola kepada Ery dan terus menghantar kepada ustad untuk disudahkan dgn cukup cantik.

Alhamdulillah, keputusan berkesudahan 2-0 dgn kemenangan mutlak milik pasukan Presint 14.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain dan rakan-rakan yang turut hadir memberi sokongan pada hari ini.

Sekian.

Tuesday, July 5, 2011

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN DAN ULASAN PERLAWANAN PERSAHABATAN

KEPUTUSAN 4HB JULAI 2011 :P14(1) VS REVO 9(1)
CAPITANO : Merah Pahi
SCORER : Onizuka Firdaus(1) assis: Mohd Shahidi

Tahniah dan terima kasih kepada semua yg terlibat pada perlawanan hari ini. Walau mengharung 3 hari perlawanan tanpa henti, namun semangat juang dan komitmen yg ditunjukkan amat membanggakan..

Team Revo 9 adalan team dari P9 yang bermain dalam liga piala presiden perbadanan yg sedang berlangsung dan merupakan antara team terbaik di putrajaya. Namun begitu, Alhamdulillah, pasukan kita masih dapt mengekang dengan baik pasukan lawan dan mengikat keputusan 1-1 sehingga tamat sepenuh masa.

Jaringan adalah hasil rembatan Daus yg berjaya mengelirukan penjaga gol lawan dan menolak masuk dgn cukup baik. Tahniah atas kejayaan tersebut. Harap 2 jaringan dlm masa 2 hari ini dpt memangkin semangat Daus dan juga seluruh pasukan utk terus memberi saingan kepada mana2 pasukan yang dihadapi..

Tahniah kepada semua.


KEPUTUSAN 3HB JULAI 2011 : P14(1) VS BALAKONG(2)
CAPITANO :Merah Pahi
SCORER : Onizuka Firdaus(1) assis : Mohd Shahidi

Barisan Pemain : Ahmad SayutiYuzaimi Abdul WahabAbdullah RusdeeHairezal B. Musa Rezal, Muhsin, Daus, Sharul, Ustad Skinhead, Zul Ichigo, Mohd Shahidi, Apis, Halim, Zharif, Azimin.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yg telah hadir dan terus memberikan komitmen tinggi kepada pasukan walau telah mengharung 3 perlawanan dlam minggu ini sahaja.

Kita mendapat gol pertama melalui Daus yg mendapat hantaran cantik dari Shahidi seawal separuh masa pertama. Banyak asakan ke kubu lawan dapt dilakukan selain beberapa cubaan menari namun ternyata tuah bukan milik kita pada hari ini.

Pasukan lawan juga bukan calang2 pasukan namun gandingan baik barisan pemain kita dapat mengekang percubaan2 lawan ke gawang kita. Gol penyamaan dan kemenangan pasukan lawan hanya dapat dihasilkan pada separuh masa kedua perlawanan.

Walaupun kemenangan bukan milik kita pada hari ini, tapi sekurang2nya semangat juang yang ditunjukkan oleh semua pemain patut diberi pujian.

Terima kasih.



KEPUTUSAN 2HB JULAI 2011 : P14(2) VS PJ(1)
CAPITANO: Merah Pahi
SCORER : Merah Pahi(1), Abdullah Rusdee(1)

Barisan pemain P14 : Ajim AzimKay AbdApis Seh, Zharif, Merah Pahi, Ahmad Sayuti, Zul Ichigo, Daus, Mujahid, Yusry, Azimin, Burn.

Ulasan:

Keseluruhan permainan lebih dikuasai dengan baik oleh pemain kita. Pasukan lawan membariskan pemain2 muda yang bermain dgn corak permainan pantas.

Walau bagaimanapun kita berjaya mengatsai pihak lawan dengan keputusan penuh 2-1 sehingga tamat sepenuh masa.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menunjukkan permainan yang baik walau dibarisi beberapa muka baru.





KEPUTUSAN 30HB JUN 2011: P14(1) VS AD(2)
CAPITANO : Merah Pahi
SCORER : Lee Ichigo

Terima kasih dan tahniah kepada semua pemain yg dpt hadir pada hari ini. Setinggi penghargaan kepada Ahmad Sayuti kerana bersedia mengambil tempat sebagai penjaga gol disebabkan semua penjaga gol utama kita tidak dpt hadir atas beberapa komitmen lain.

Permainan pada ptg td kelihatan seimbang dgn kedua2 pasukan sering berbalas asakan. Gol pendahuluan pasukan lawan hadir terlebih pada separuh masa pertama. Gol penyamaan melalui Zul Ichigo hadir pada separuh masa kedua hasil asakan bertubi2 ke arah gawang lawan. Manakala gol kemenangan pihak lawan dapat dihasilakan selang beberapa minit selepas itu melalui tendangan jarak jauh pihak lawan yg gagal di tepis keluar penjaga gawang kita.

Apapun semangat yg ditunjukkan oleh semua pemain amat memberangsangkan walau ada muka2 baru yg baru bergandingan hari ini selain masalah kecederaan yg melanda beberapa pemain.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yg terlibat pada hari ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KEPUTUSAN 26HB JUN 2011 : P14(2) VS PUTERA UNITED(5)
CAPITANO : Merah Pahi
SCORER : Abdul Haziq Zick(1), Reemos Mohd(1)

ULASAN:
Alhamdulillah walau ramai pemain yg tidak dpt hadir hari ini atas komitmen masing2 pd keluarga, pasukan kita masih dapat meneruskan perlawanan dgn baik.

Pada separuh masa pertama, permainan dikuasai oleh pihak lawan dgn 3 gol berjaya dibolosi pada sepruh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, dengan pertukaran beberapa pemain, pasukan kita mula menemui rentak dan kembali mengawal permainan dan berjaya mengekang pihak lawan dari terus membolosi gawang kita.

Pada separuh ketiga, perlawanan kelihatan seimbang dan banyak percubaan dapat dilakukan cuma nasib tidak menyebelahi kita. Pada separuh ketiga pasukan lawan dapat menambah 2 gol lagi dan kita berjaya mendapat 2 gol menerusi haziq dan Reemos.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yg telah hadir pd hari dan terus memberikan saingan menarik kepada pihak lawan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




KEPUTUSAN 19HB JUN 2011: P14(2) VS MANTIN(1)
SCORER :(own goal), Abdullah Rusdee

Barisan Pemain: Fared MasoudBurhanuddin HashimMohd Nor Hisham Kassim,Reemos MohdZull Hero, Azimin, Ajim, Azick, Zul ichigo, Faiz, Ustad Kero, Ustad skinhead, Za,. Lah, Mat nst.

Syabas dan setinggi penghargaan kepada semua pemain yg telah hadir dan bermain dengan penuh bersemangat menentang pasukan lawan yg bermain dgn cukup keras.

Walau kita diasak dgn bertalu-talu sebaik wisel permulaan ditiupkan namun atas semangat dan keyakinan yg ada kita berjaya mengekang pihak lawan dan dpt menghasilkan gol pertama dgn gol sendiri pihak lawan akibat asakan balas kita yg menyesakkan pihak lawan.

Gol kedua hadir tidak lama selepas itu menerusi sepakan jauh oleh Lah dari luar kawasan gol lawan mengena palang dan terus menerjah ke dalam gawang lawan.

Rentak permainan dalam separuh masa kedua dan ketiga makin rancak dan cukup keras oleh pihak lawan yg bermain seolah-olah bermain pd perlawanan akhir liga antarabangsa. Walaubagaimanapun dengan rentak ala Barca yg selalu diterapkan capitano Merah pahi, kita dapat mengawal dgn baik perlawanan. Gol saguhati pihak lawan hadir pada minit2 akhir perlawanan.

Keseluruhannya, seluruh pasukan kita bermain dgn cukup baik dan matang mengawal situasi tegang yg cuba dicetuskan pihak lawan sehinggakan 3 pemain kita iaitu Azimin, Zull Hero dan Fared mengalami kecederaan akibat rempuhan2 kasar lagi ganas pihak lawan. Tahniah juga kepada Reemos yg begitu menonjol permainan beliau pd hari ini dgn dibantu dgn cukup baik rakan2 pertahanan.

Tahniah kepada semua atas kemenangan mutlak kita hari ini dengan keputusan penuh P14 menewaskan Mantin 2-1.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KEPUTUSAN 18 JUN 2011: P14(5) VS ALCATEL(0)
CAPITANO: Merah Pahi
SCORER: Abdul Haziq ZickAbdullah Rusdee, Merah Pahi, Lee Ichigo, Ustad.

Terima Kasih dan tahniah kepada semua pemain atas kehadiran serta komitmen yg ditunjukkan walau kita kempunan utk menyertai Liga Piala Presiden pada tahun ini. Apapun, kuatkan semangat dan teruslah berdoa semoga ada ruang utk kita walau setipis manapun ruang yg ada.. Walaubagaimanapun kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan segalanya. Janganlah berputus asa dan kekal serta perbaikilah kelemahan yg ada. Fahami dan percayalah, akan ada hikmah disebalik apa saja yg berlaku.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Friday, July 1, 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA PRESINT 14 / BOURGENVILLA


KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA PRESINT 14 / BOURGENVILLA

KELAB BOLA SEPAK PRESINT 14 / BOURGENVILLA AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH TERBUKA SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

TARIKH : 23 & 24 JULAI 2011
MASA : 8:00pg - 6:00ptg
TEMPAT : PADANG BOLA SEPAK PRESINT 14, PUTRAJAYA

BAYARAN PENYERTAAN : RM 150.00 / PASUKAN

HADIAH :
JOHAN : RM 1,000.00 + Medal
N.JOHAN : RM     800.00 + Medal
KETIGA  : RM     500.00 + Medal
KEEMPAT : RM     300.00 + Medal


TERHAD KEPADA 32 PASUKAN SAHAJA

BAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK BERIKUT:

MAYBANK
1660-1013-9347
MAHNUN MAHMUD(URUSETIA PENDAFTARAN)

**SILA FAXKAN BUKTI PEMBAYARAN KE:

NO. FAX : 03-8884 3156

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 20 JULAI 2011 (RABU)

TAKLIMAT DAN UNDIAN AKAN DIADAKAN PADA 21HB JULAI 2011
BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA P14-12

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :

013 – 265 3788 (En. Husni)
019 – 298 9485 (En. Mohd Shahidi)
013 -  413 8694 (En.Firdaus) 

Klik DOWNLOAD untuk borang penyertaan : DOWNLOAD




 

Monday, January 24, 2011

Friendly Match 23 Jan 2011: P14(2) vs UPSI(2) Penjaring: Abdullah Rusdee(2)

 
Perlawanan berlangsung dalam keadaan padang basah akibat hujan. Permainan keras ditunjukkan kedua-dua pasukan tapi dapat dikendalikan dengan baik oleh barisan pengadil perlawanan yang diketuai oleh Sdr. Faizal.

Sdr. Fauzi(Botak) selaku Ketua Pasukan P14 dapat mengawal rakan-rakan dengan begitu baik daripada berlaku sebarang kekecohan buruk. Tahniah!!!.

P14 membuka jaringan awal pada separuh masa pertama menerusi Abdullah Rusdee(Lah) yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan lawan dan merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol lawan dari luar kotak penalti.

Pihak lawan dapat menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti apabila seorang pemainnya dijatuhkan dalam petak penalti.

Seterusnya, UPSI telah berjaya mendapat satu lagi gol menerusi penyerangnya pada separuh masa kedua.

P14 dapat menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum wisel penamat ditiupkan menerusi tandukan dari Lah yang menerima sepakan sudut dari Hazim.

P14 telah berjaya membuat beberapa gerakan cantik menerusi gandingan Lah dan Shahidi yang dan beberapa kali hampir berjaya membolosi pintu gol lawan.

Perlawanan berkesudahan seri 2-2 sehingga tamat perlawanan.

 Sharul dikawal ketat pemain lawan


Sdr. Apis yang masih mengalami kecederaan bahu turut hadir memberi sokongan

Ketua Pasukan, Sdr. Fauzi

Sayuti, makin berkeyakinan di posisi stopper

Zull(kanan) diletakkan di bahagian tengah, Pian bermain di sayap kiri. makin serasi.


M.Shahidi yang dimasukkan pada separuh masa kedua bagi memantapkan bahagian serangan.




Hampir berjaya membolosi gawang lawan.






Hazim, masuk menggantikan Sharul, beberapa kali membuat cubaan berbahaya ke gawang lawan.

Boan dimasukkan menggantikan Nase. Nase dapat mengawal pertahanan kanan dengan baik.
Beliau orang yang paling awal hadir ke padang.




Pemain lawan mengalami kekejangan otot hingga terpaksa diusung keluar.