Saturday, July 9, 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN 9HB JULAI 2011: P14(2) VS CHAI FC(0)

KEPUTUSAN 9HB JULAI 2011: P14(2) VS CHAI FC(0)
CAPITANO : Merah Pahi
Penjaring : Abdul Haziq Zick(1 - assis:Sharul-sepakan sudut)
Ustad (1-assis: Onizuka Firdaus, Erresafrinal Abdullah)

Barisan Pemain :
Fared Masoud,Ahmad Sayuti, Muhsin, Erresafrinal, Bob Evra, Mujahid, Merah Pahi, Zull Hero, Sharul, Ajim, Azimin, Lah, Azick, Daus, Apis, 

Ulasan:
Pada separuh masa pertama, perlawanan lebih dikuasai pasukan lawan yang bermain cukup keras dan pantas. Beberapa kali cubaan dihasilkan oleh barisan serangan pasukan lawan, namun barisan pertahanan pasukan kita cukup baik mengawal keadaan dan dgn ketangksan dan keyakinan yang ditunjukkan penjaga gol kita dapat menafikan cubaan-cubaan bahaya lawan tersebut.

Permainan keras ditunjukkan oleh pasukan lawan seawal minit pertama dgn Ahmad Sayuti diterjah keras selain kapten pasukan juga turut diterjah keras sehingga hampir berlaku kekecohan. Apapun, kematangan mental pasukan amat diharap bagi menghadapi pasukan keras sebegini.

Permainan separuh masa pertama berkesudahan 0-0.

Pada separuh masa kedua, dengan sedikit rombakan posisi dilakukan, kita berjaya menguasai rentak permainan dan memberi tekanan kepada pasukan lawan. Gol pertama berjaya dihasilkan melalui tandukan cantik ke penjuru kiri gol lawan oleh Azick yang menanduk baik hantaran hasil sepakan sudut oleh Sharul. Ustad yang dimasukkan bagi menggantikan Azimin berjaya menambah luka pasukan lawan juga menerusi tandukan cantik juga ke penjuru kiri gol lawan setelah menerima hantaran dari Ery. Syabas juga kepada Daus yg berjaya mengelirukan 2 pemain lawan dan menghantar kembali bola kepada Ery dan terus menghantar kepada ustad untuk disudahkan dgn cukup cantik.

Alhamdulillah, keputusan berkesudahan 2-0 dgn kemenangan mutlak milik pasukan Presint 14.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain dan rakan-rakan yang turut hadir memberi sokongan pada hari ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment