Monday, January 24, 2011

Friendly Match 23 Jan 2011: P14(2) vs UPSI(2) Penjaring: Abdullah Rusdee(2)

 
Perlawanan berlangsung dalam keadaan padang basah akibat hujan. Permainan keras ditunjukkan kedua-dua pasukan tapi dapat dikendalikan dengan baik oleh barisan pengadil perlawanan yang diketuai oleh Sdr. Faizal.

Sdr. Fauzi(Botak) selaku Ketua Pasukan P14 dapat mengawal rakan-rakan dengan begitu baik daripada berlaku sebarang kekecohan buruk. Tahniah!!!.

P14 membuka jaringan awal pada separuh masa pertama menerusi Abdullah Rusdee(Lah) yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan lawan dan merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol lawan dari luar kotak penalti.

Pihak lawan dapat menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti apabila seorang pemainnya dijatuhkan dalam petak penalti.

Seterusnya, UPSI telah berjaya mendapat satu lagi gol menerusi penyerangnya pada separuh masa kedua.

P14 dapat menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum wisel penamat ditiupkan menerusi tandukan dari Lah yang menerima sepakan sudut dari Hazim.

P14 telah berjaya membuat beberapa gerakan cantik menerusi gandingan Lah dan Shahidi yang dan beberapa kali hampir berjaya membolosi pintu gol lawan.

Perlawanan berkesudahan seri 2-2 sehingga tamat perlawanan.

 Sharul dikawal ketat pemain lawan


Sdr. Apis yang masih mengalami kecederaan bahu turut hadir memberi sokongan

Ketua Pasukan, Sdr. Fauzi

Sayuti, makin berkeyakinan di posisi stopper

Zull(kanan) diletakkan di bahagian tengah, Pian bermain di sayap kiri. makin serasi.


M.Shahidi yang dimasukkan pada separuh masa kedua bagi memantapkan bahagian serangan.




Hampir berjaya membolosi gawang lawan.






Hazim, masuk menggantikan Sharul, beberapa kali membuat cubaan berbahaya ke gawang lawan.

Boan dimasukkan menggantikan Nase. Nase dapat mengawal pertahanan kanan dengan baik.
Beliau orang yang paling awal hadir ke padang.




Pemain lawan mengalami kekejangan otot hingga terpaksa diusung keluar.