Friday, January 14, 2011

LALUAN SEMENTARA KE PADANG BOLASEPAK PRESINT 14

Assalamualaikum..wrt & Salam sejahtera.. Adalah dimaklumkan laluan utama ke Padang Bolasepak Presint 14 telah ditutup disebabkan laluan tersebut termasuk dalam projek pembinaan yang sedang dijalankan.

Walaubagaimanapun, saya telah menemui dan berbincang dengan pihak kontraktor terlibat dan pihak tersebut bersetuju membuka satu laluan sementara iaitu melalui kawasan tapak pembinaan tersebut.

Laluan sementara tersebut tidak bertar tetapi pihak kontraktor telah berjanji memastikan laluan tersebut selamat untuk digunakan.

Segala kesulitan berhubung perkara tersebut amat dikesali.

Sekian, harap maklum.

No comments:

Post a Comment