Wednesday, January 19, 2011

Sepintas Lalu....

Pasukan Bola Sepak Presint 14 ini mula dibentuk pada tahun 2008 hasil kecenderungan minat terhadap bola sepak oleh beberapa penduduk di sini.

Antara yang boleh dikatakan pengasas pada pasukan ini adalah Saudara Fauzi@botak, Sayuti, Haziq, Hazim, Mohd Shahidi dan beberapa lagi..

Pada tahun 2009, dengan kehadiran beberapa pemain lagi iaitu antaranya, Saudara Noor Azhar, Azman, Yusmizan, Adam, dan lain2 lg, pasukan ini telah mendapat tempat ke-4 Kejohanan Liga Bolasepak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya di bawah bimbingan Saudara Nizam dan Saudara Mohd Asarin(Mat).

Pada tahun 2010, disebabkan beberapa masalah di saat akhir, pasukan ini tidak dapat menyertai kejohanan yang dianjurkan.

Pada tahun ini(2011), dengan mengambil pengajaran dan iktibar pada tahun lalu, pasukan ini dibentuk kembali dengan kehadiran lebih ramai muka-muka baru. sehingga kini, pasukan ini mempunyai 35 orang pemain yang merupakan penduduk sekitar Presint 14.

Setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad, diadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan dari luar Putrajaya.

No comments:

Post a Comment