Sunday, January 23, 2011

Sekitar Perlawanan Menentang PDRM Bkt.Aman (20 Jan 2011 @ Std Pancarona)

Pada 20 Jan 2011 jam 9 malam bertempat di Stadium Pancarona, Putrajaya, Pasukan P14 telah mengharung satu perlawanan persahabatan menentang pasukan PDRM Bkt. Aman.

Perlawanan berkesudahan dengan P14 kalah tipis 0-1 dengan memberikan saingan sengit kepada pihak lawan.

Pemain-pemain P14 telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dengan melakukan gerakan-gerakan menarik yang beberapa kali hampir berjaya membolosi gawang lawan. Akibat terjahan keras pihak lawan dalam kotak penalti, P14 telah mendapat sepakan penalti yang diambil oleh Sdr. Mohd Shahidi tetapi terkena palang gol.

Semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain amat mengagumkan dengan memberikan saingan cukup sengit kepada pihak lawan yang dibarisi pemain-pemain utama meraka.

P14 dibarisi oleh Sdr. Fauzi(Kapten), Mohd. Fared(GK), Sayuti, Burhanuddin, Azimin, Sharil, Abdullah Rusdee, Faizal, Sufian, Firdaus, Mohd Shahidi, Ali, Zulrushdi, Halim, Salaudin, Muhsin dan Awe.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Sdr. Mohd Asarin yang bertindak selaku penasihat pasukan dan juga kepada beberapa pemain yang tidak dapat beraksi iaitu Sdr. Reemos, Nase, Apis, Amirul dan Yuzaimi kerana kecederaan tetapi turut hadir memberikan sokongan.
Keputusan: P14 (0) vs PDRM Bkt. Aman(1)



Sdr. Fauzi, selaku Kapten Pasukan mengekang cubaan pihak lawan

 
Mohd. Shahidi hampir berjaya membolosi gawang lawan

Mohd Shahidi diterjah keras pertahanan lawan


Mohd Azimin cuba melakukan hantaran

Sdr. Boan(Burhanuddin) berjaya mengawal pertahanan dengan amat baik

Jaringan yang dilakukan oleh pihak lawan.




Agak hampa apabila sepakan penaltinya dinafikan palang gol.
Namun begitu, beberapa gerakannya berjaya mengkucar-kacirkan pertahan lawan, cuma nasib tidak menyebelahi.



Pemain tengah, Sdr. Sharil yang amat baik mengemudi bahagian tengah.


Seorang lagi pemain tengah, Sdr. Lah yang beraksi baik sepanjang permainan




Sdr. Fared beraksi cemerlang dan berjaya mempertahan gawang dari dibolosi sebelum diganti oleh Sdr. Din






Sdr. Sayuti, stopper terbaik pasukan.

Berehat sambil mencongak strategi selepas tamat separuh masa pertama.


No comments:

Post a Comment